Pemburu Pelangi: Nasihat Buat Pasca PMR !

Nasihat Buat Pasca PMR !

/
2 Comments
 Ni gambar salah seorang classmates merangkap kawan baik aku.

Masih belum terlambat untuk aku post entri ni.Entri ni ditujukan khas buat budak-budak form 4 tahun ni yang dah lepas azab PMR tahun lepas. Enjoy-enjoy jugak tapi kena lah jugak fikir nak ambil aliran apa tahun ni. Nasihat aku, korang ambil lah subjek elektif yang betul-betul korang minat. Jangan ambil subjek Prinsip Perakaunan kalau tak nak jadi Akauntan atau yang sewaktu dengannya(ya aku sedang memerli diri aku sendiri). Tapi kalau korang nak ambil subjek Prinsip Perakaunan tapi nak jadi businessman/businesswoman tak apa lah, sekurang-kurangnya nanti korang tahu apa yang akauntan korang buat kan? (ayat bela diri aku bila ada orang mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa aku memilih subjek akaun sedangkan aku tak minat langsung subjek Prinsip Perakaunan ni)
Subjek perakaunan memang banyak format,so bila korang tak faham dan tak baca, korang tak akan boleh taram macam subjek-subjek lain macam sejarah,agama,sains dan sebagainya sebab korang akan jadi blur masa nak jawab nak-nak lagi kalau korang langsung tak hafal format. Kalau subjek lain yang macam aku sebutkan tadi mungkin korang boleh dapat markah yang okey atau lulus lah sekurang-kurangnya pun kalau tak study. Tapi kalau akaun, kalau korang dapat A tanpa study, B atau C tanpa study. ITU MERUPAKAN SATU KEAJAIBAN DAN ANUGERAH YANG KORANG DAPAT!
Bagi budak-budak pasca PMR,
JANGAN SESEKALI AMBIL SUBJEK PRINSIP PERAKAUNAN KALAU KORANG TAK MINAT !
Jangan sesekali ambil atau korang akan menyesal. Kalau korang tak minat nak jadi akauntan atau yang sewaktu dengannya dan korang bukan jenis yang rajin bekerja keras dan tak rajin nak study subjek akaun sejam atau dua jam sehari, JANGAN AMBIL !
Kalau korang tetap nak ambil,
Korang akan selalu tengok muka-muka tension classmates korang, memang jarang korang nak tengok ada orang gelak-gelak time belajar akaun kecuali kalau kawan korang atau cikgu korang buat lawak.
Korang kena bersedia dengan result yang bakal korang terima dan korang tak boleh mudah sangat putus asa.
Korang akan tengok ramai yang tak tahan dengan subjek akaun dan mesti ada yang nak drop. Macam apa yang aku tengah alami sekarang, ramai classmates aku yang nak drop subjek akaun dan nak pindah kelas sebab dah tak tahan,tak boleh dan tak sanggup lagi nak teruskan mengambil subjek yang berat ni. Tapi hanya seorang sahaja yang lepas tu pun mungkin atas sebab tertentu.  Yang lain-lain tu tidak diluluskan lagi buat masa ni. Aku tak dapat bayangkan macam mana agaknya kalau ramai yang turun kelas. Silap-silap tak sampai 10-20 orang je yang tinggal dalam kelas nanti. Sadisnya.
Korang jugak akan buat kerja kursus yang muka suratnya hampir seratus bergantung kepada kerja korang. Masa buat kerja kursus Prinsip Perakaunan, adalah perkara normal kalau korang tak cukup tidur. Ramai yang buat kerja sampai subuh lepastu terus pergi sekolah. Aku pun pernah, dan dalam 2-3 hari aku pernah tidur beberapa jam sahaja.  Dan apa yang aku tak boleh lupa, lepas aku hantar kerja akaun aku untuk disemak sebelum semakan terakhir, aku pergi perpustakaan sekolah aku untuk berbincang tentang persembahan untuk hari kokurikulum dan aku bawak lappy untuk memudahkan aku dan senior aku tu mencari bahan,masa dia tengah keluar pinjam pendrive dekat member dia,  aku tertidur dekat perpustakaan sambil pegang lappy aku. Aku letak macam tu aje atas meja dan aku pulak tengah tidur lena. Kalau ada orang yang hati busuk,senang-senang aje dia boleh bawak lari lappy aku ni.. Suara aku masa tu pun dah jadi seksi semacam je, serak-serak basah, jalan pun lelong-lelong tak berapa nak betul. Bayangkan berapa lama aku mengadap lappy buat kerja dengan penuh kesabaran(sabar konon, sabar sampai bercakap sorang-sorang depan lappy..) dan apa yang korang patut tahu, kerja kursus prinsip perakaunan ni bukan kerja yang korang boleh copy paste di internet macam kerja kursus sejarah atau geografi masa tingkatan 3 tu lepastu terus siap. Korang kena buat sendiri tak kira lah sama ada korang ni pandai ke lembab ke subjek akaun ni. Kalau meniru member pun kebiasaannya kalau cikgu tu seorang yang berpengalaman, dia akan tahu dan aku rasa itu akan menjejaskan markah korang. Mungkin korang akan menggunakan internet hanya untuk mencari bahan untuk lampiran saja. Cari gambar-gambar yang korang gunakan untuk ber urusniaga.

Aku tak berniat untuk menakut-nakutkan tapi ini kenyataan dan aku tak nak korang menyesal..

P/s: AKU TABIK SPRING DENGAN SEMUA AKAUNTAN DI MALAYSIA !





You may also like

2 comments:

SITI SORFIENA SYASHA said...

akak tak sempat nak baca habes entry nie :D

pape pon , good luck k , akak pon ambik acc

SITI SORFIENA SYASHA said...

erm , salah koment -.- haha