Pemburu Pelangi: Contest Manja : Lovely Couple

Contest Manja : Lovely Couple

/
3 Comments
Haa.. Menarik kan contest ni? contest ni dianjurkan oleh Mizs Azney yang comel dan bakal menduduki peperiksaan SPM yang tak lama lagi tu. So, BEST OF LUCK diucapkan..  Sila klik banner di atas untuk sertai contest ini !

Contest ni memerlukan anda meletakkan satu gambar bersama pasangan anda. Tapi, bagi yang single lagi tu anda boleh meletakkan gambar anda bersama ibu, bapa, kakak, abang atau seseorang yang istimewa dalam hidup anda macam sahabat ke tapi mestilah berlainan jantina.

Jadi, gambar yang dipertaruhkan adalah......jeng....jeng...jeng....


Ha... ini dia... Gambar ni diambil pada 11.11.2010 masa hari pertandingan bakat untuk budak-budak pasca PMR. Gambar ni bukan katie atau dia yang edit tapi salah seorang kawan kami. Tau-tau online Facebook dah ada orang tag gambar ni.

Contest ni sangat menarik dan hari ini 11.11.11 merupakan First Anniversary kami. Firstly, katie nak mintak maaf kepada tuan punya contest sebab entri ni mungkin agak panjang.

KISAH CINTA KAMI

  Tahun lepas, aku merupakan pelajar baru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Kuala Selangor. Aku baru pindah ke Kuala Selangor, sebelum ni aku tinggal,lahir dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Bila masuk sekolah baru, aku memang dah berazam tak nak terpikat dengan siapa-siapa pun dan tak nak berkawan baik dengan mana-mana lelaki pun sebab aku banyak dengar cerita buruk pasal sekolah ni, budak-budak nakal lah apa lah tapi sebenarnya okey aje. Disebabkan aku ni spesies orang yang susah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru, aku yang sebenarnya seorang yang banyak cakap ni terus jadi pemalu dan kurang bercakap, macam orang bisu pun ada. Aku masuk kelas 3 Rasional dan dia kelas 3 Efisyen. Kelas kiteorang merupakan antara kelas teratas, senang cerita kelas yang menjadi harapan cikgu-cikgu. Cewwah! Kelas kiteorang bergabung masa subjek agama disebabkan kelas aku cuma ada 10 orang sahaja pelajar Melayu.

  Perkenalan kami bermula masa ada aktiviti kokurikulum. Kebetulan kiteorang satu unit beruniform. Masa hari tu cikgu tunjuk demo memasak. Aku yang tak ada tempat duduk ni dengan selamba badaknya duduk dekat sebelah dia, dia duduk dekat kerusi panjang. Aku tengok ada ruang lagi aku duduk ajelah. Mula-mula aku rasa macam nak tegur, tapi aku takut kalau aku salah orang. Tiba-tiba....

"KAK JAH..OH KAK JAH..."

CIS ! nak tau kenapa dia panggil aku kak jah? Nama penuh aku kan Khatijah Nur Ain. Ustazah subjek agama kesayangan aku tu pulak panggil aku Kak Jah  kadang-kadang panggil Jah je. Aku tak tau lah memang nasib aku kot, dari dulu ustazah-ustazah yang mengajar aku kebanyakkannya suka panggil aku Jah. Nasib badan.

Aku pun senyum-senyum ajelah.. Malu-malu meow lah konon.. Lepastu dia pun menyoal siasat aku beberapa soalan. Ya lah aku kan budak baru mesti dia nak tau kenapa aku pindah sini ke apa kan?
Disebabkan aku kekurangan kawan-kawan sekolah baru aku ni di alam maya, aku pun mintak lah email dia nak add Myspace dia(Masa ni layan Myspace lagi walaupun dah ada akaun FB,sekarang ni dah berzaman tak bukak Myspace,entah apa jadi tak tau la).

Oh, masa tu aku tak tau lagi nama sebenar dia apa, dekat Myspace dia pun dia tak guna nama sebenar dia, dia pun tak letak gambar dia. Untuk pengetahuan korang, dia memang tersangat-sangat lah pemalu tapi aku pelik kenapa dia boleh tegur aku. Kadang-kadang bila aku online aku tak sedar pun aku chat dengan dia, pakai saya-awak pulak tu.Malunya.. Dia add aku dekat FB pun aku tak tahu tu dia. Masa kelas agama, aku tanya lah classmate aku, nama dia apa, lepastu kawan aku kata nama dia Amirul Shahriza. Sedap kan nama dia? 

Aku pun tanyalah dekat dia..
"weh, Amirul Shahriza dekat FB tu kau ke?"
Dia angguk kepala je.. 

  Dalam kelas aku cuba lah nak borak-borak dengan dia, pernah sekali bila aku pergi dekat meja dia, tiba-tiba kawan dia yang lain panggil budak yang duduk sebelah dia lepastu diorang pandang-pandang, aku pun pelik. Lama-lama baru lah aku tau, dia sebenarnya seorang yang sangat-sangat pemalu. TERAMAT-AMAT PEMALU.. Sejak kena sakat, kiteorang chatting dekat FB je.. Lama-lama kiteorang jadi rapat, dari kawan baru jadi sahabat, dari sahabat dalam masa yang sama jadi adik dengan abang angkat pulak. Jangan pelik kenapa kiteorang jadi adik dengan abang angkat. Sebenarnya dia anak sulung dia ada dua orang adik lelaki dan dia tak ada langsung adik perempuan. Dia ni seorang yang sangat caring dan dia anggap kawan-kawan perempuan dia macam adik dia.

  Lama-lama aku nampak perubahan dalam diri dia, setiap hari jumaat kiteorang akan balik jalan kaki sama-sama tapi sampai masjid dekat pekan ajelah sebab dia nak pergi sembahyang Jumaat. Lama-lama aku pun tertarik dengan dia sebab dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal, dia lah yang paling lain dari yang lain. Dah lah pandai,baik pulak tu. Dan yang paling penting aku suka perangai dia.

  Lepas PMR ada Pertandingan Bakat.Masa pertandingan bakat untuk budak-budak pasca PMR, time tu tengah rehat. Dia pun bergambar lah dengan kawan-kawan dia. Tiba-tiba dia tanya "Jom tangkap gambar?" haa.. melopong aku dengar masa tu. Lepastu aku jawab yang aku segan.. Haa.. dah terbalik kan? aku pulak yang jadi pemalu nak ambil gambar. Lepas aje aku setuju berderet kawan-kawan kiteorang tangkap gambar, ye lah, selama ni dia jenis pemalu dan susah sangat orang nak ambil gambar dia lepastu kiteorang pun jenis yang malu-malu tiba-tiba je nak suruh orang ambil gambar. Suruh seorang dua orang je tapi sekejap je tersusun kamera depan mata sampai nak pandang kamera yang mana satu pun tak tahu.
Serious ! Rasa macam kiteorang ni macam 'Couple Of The Year' untuk batch form 3 tahun lepas.

 Gambar ni untuk saja-saja bukan untuk contest ni. Sorry sebab gambar sengget,aku pilih gambar ni sebab gambar ni tak nampak sangat bunga manggar yang ada dekat tepi tu.hehe.. Kebetulan masa pertandingan bakat ni ada kelas yang buat persembahan perempuan Melayu kahwin dengan lelaki Cina(nak tunjuk konsep 1 Malaysia). Diorang pun mempergunakan prop yang ada untuk menyakat kiteorang. Nasib badan dapat member macam ni.

Lepas keluar dewan, kiteorang declare. Ni semua sebab kawan-kawan kiteorang punya pasal lah ni, sakat lagi macam-macam, tengok-tengok betul-betul kiteorang couple. Setiap perkataan tu merupakan satu doa tau..hehe.. Nak tau macam mana kiteorang declare? tak apalah, biarlah rahsia.HAHA. SEGAN KOT ! nanti tak pasal-pasal jadi novel pulak entri ni nanti. Aku tak sangka persahabatan kiteorang bertukar menjadi percintaan. Dan walaupun dah couple, tapi dia tetap sahabat aku.
Hmm.. kiteorang tak sambut kot hari ni, maksud aku tak keluar dating hari ni sebab dia dah pindah lepas PMR dan dia dekat asrama penuh sekarang.

20.11.2011 nanti hari jadi dia yang ke-16.. :)

To Amirul Shahriza : Happy Anniversary ! Semoga saya jadi kekasih awal dan akhir awak. Terima kasih kerana banyak bersabar dengan kerenah saya dan sentiasa sabar bila kena buli dengan saya..hehe..1437..

Untuk memenuhi syarat terakhir contest ni, aku nak tag dekat dua orang makhluk ALLAH ni :


Last word : TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA ENTRI YANG PANJANG BERJELA NI DAN SORRY KEPADA TUAN PUNYA CONTEST !

Pssst.. hari ni pakcik aku yang kerja pensyarah dekat sabah akad nikah.. SELAMAT PENGANTIN BARU ! pandai pilih tarikh ye? hehe..





You may also like

3 comments:

Misz Azney said...

pjg gyler ntry. . hik3. .ok gud luck yer

katie said...

he..he... tgn tak boleh berhenti menaip plak.. kalo boleh nak panjang lagi nie.. xD

::CIK LYNN:: said...

cik lynn pn join gk contest ni...
jom jln2 kt blog cik lynn....
smga bjaya...=)