Pemburu Pelangi: Pesta Buku !

Pesta Buku !

/
0 Comments
Semalam dengan hari ni aku pergi pesta buku dekat Tanjong Karang, 15-20 minit dari rumah aku. Dalam lingkungan RM100 jugak lah duit aku habis untuk beli buku dengan tambang.. ni baru pesta buku mini, kalau pergi pesta buku antarabangsa tu tak tau lah berapa yang aku akan habiskan.. Bagi orang-orang yang minat membaca macam aku RM100 tu tak ada lah besar mana. Tapi yang pelik kan,orang-orang spesies aku ni hanya minat baca novel,komik,buku-buku motivasi tapi buku sekolah tak minat baca, haha, memang lah kan? nak menghadap buku sekolah pun sikit punya seksa nak nak lagi buku teks Prinsip Perakaunan yang sikit punya tebal tu.. Oh ya, aku dah habis baca satu novel yang aku beli, novel Aku,Dia & Gitar karya Nurfa. Seriously buku ni best gila ! so, bagi peminat-peminat novel,sila dapatkan di kedai buku berhampiran anda (tu pun kalau adalah)..

Nota kaki : Sebenarnya tujuan utama aku ke pesta buku ni nak cari buku Zahiril Adzim yang pelakon tu..Tapi tak jumpa.... :(


You may also like

No comments: