Pemburu Pelangi: Terima Kasih TEMAN!

Terima Kasih TEMAN!

/
0 Comments
Apa yang kau ingin tahu tentang diriku? Seorang insan yang telahpun gagal menghadapi perjalanan hidupnya... Kisah hidupku yang sedang kau baca ini, menggambarkan betapa naifnya aku tentang ERTI CINTA... Ceritera ini bukanlah kisah cinta dilayar putih atau lakaran sebuah novel yang kesudahannya adalah sesuatu yang amat mengembirakan... Tapi kisah ku ini adalah kisah realiti yang pedih dan amat menyakitkan yang pernah aku lalui... Bukan untuk meraih simpatimu, apatah lagi menagih cinta... Sekadar luahan hati meratapi kekecewaan yang suatu masa dahulu pernah meragut kebahagiaanku...

Namun ku bersyukur pada Tuhan.. Dalam aku menghadapi Sunami CINTA ini, ada insan bernama teman yang hadir dan menghulurkan tangan agar aku tak terkapai dilambung Ombak perasaan dukalara yang kian mengganas. Terima kasih teman, hulurkan tanganmu padaku buat kali yang terakhir.

Maafkan aku...!

Aku ingin undur diri kerana takut terluka lagi. Fahamilah.. Hati ini terlalu rapuh untuk bercinta semula... Tidak seteguh dan setabah dulu lagi. Tidak perlu kau lakukan sesuatu supaya aku marah dan menjauhkan diri darimu.. Kerana Kau Adalah teman yang terbaik pernah kumiliki. Tak perlu juga berjanji untuk berjumpa dan akhirnya kau tidak hadir ke situ... Jangan kau ungkapkan persahabatan jika tiada keikhlasan dijiwamu. Usah kau hadir jika sekadar untuk merobek kembali luka dihatiku yg masih mengalir air bisanya...

Teman, terima kasih di atas pertemuan ini. Kerana pertemuan itu mampu mengukir kembali senyumku yang semakin usang di mamah usia. Terima kasih juga kerana tidak lagi hadir pada pertemuan kedua, kerana aku akan tidakkan pulang dengan rasa hampa.

Namun aku bersyukur.. Tiada lagi bunga-bunga harapan yg berkembang dihatiku padamu. Teman, aku tidak lagi menanti CINTA itu. Sesungguhnya aku takut untuk menyayangi dirimu dan aku tidak mampu menyambut persahabatan ini. Kerana aku hanya akan terus membiarkan diri aku hanyut.. Hanyut kerana kecewa dengan CINTA itu.

Teman.. Ambillah masa untuk memahami Hati & Perasaan sahabatmu ini. Aku bukanlah kaya, tiada pula berharta. Aku tak berdarjat apatah lagi berpangkat. Aku hanya insan biasa... Aku juga ada rasa takut, ada rasa Bimbang, Sedih & Kecewa. Aku juga ada kelemahan. Aku perlukan kawan sebagai kekuatan. Mungkin kau selalu melihat aku ketawa.. Tetapi sebenarnya aku tidaklah setabah yang kau sangkakan.

Teman.. Doakan aku... Agar aku mampu mengorak langkah meneruskan sisa hidupku yang berbaki.. Terima kasih teman.. Kerana sudi menjadi sebahagian dari hidupku. Ingin sekali aku mengengam langit, moga dapat aku curahkan airnya. Mahu aku memeluk bumi, agar dapat aku pertahankan gegarannya ini.. Ingin aku bersuara supaya dapat semua mendengar rintihan jiwaku.. Ingin aku mencurah bakti, semoga dapat menjadikannya bekal untukku berjumpamu...

PERHATIAN:ini bukanlah hasil karya aku,aku ambil dari profile salah seorang kenalan aku dekat myspace dan ada yang aku ubahsuai sedikit.aku tidaklah sehebat dan setanding dia,mungkin kerana dia lebih berpengalaman memandangkan dia lebih berusia dari aku.Dengan hanya membaca segala yang ada di profile dia mampu membuatkan aku terpegun dan kaku ketika membacanya!kata-kata yang sangat mendalam.Seseorang yang boleh dijadikan sebagai role model!belum sempat aku hendak membaca blognya,dia telah pun berhenti menjadi seorang blogger,sedihnya!sekiranya blog dia masih wujud,sudah pastinya aku tak kan terlepas satu pun entry yg ditulisnya.kalau dia seorang penulis novel,aku sanggup beli novel dia walaupun berharga RM100 sekalipun!

kata-kata terakhir: Sumpah!katie tabik spring giler kat abg!!I wanna be a good writer like u!


You may also like

No comments: