Pemburu Pelangi: Raikan Cuti Sekolah di Lost World of Tambun!

Raikan Cuti Sekolah di Lost World of Tambun!

/
0 Comments
Bagi orang yang tak berapa gemar pergi ke shopping mall macam yuyin dan lebih gemar ke tempat-tempat yang lebih banyak aktiviti untuk dilakukan, Lost World of Tambun(LWOT) adalah tempat yang sangat tidak menghampakan!

LWOT ni membuatkan yuyin jatuh chenta bilamana LWOT berjaya membuatkan yuyin rasa dekat dengan haiwan-haiwan yang ada dalam ni sehinggakan harimau pun boleh dilihat dari jarak dekat.

Antara pengalaman yang yuyin takkan boleh lupa adalah bila yuyin dapat bagi makan dekat rakun yang sangat comel. Ya di petting zoo pengunjung dibenarkan untuk bagi makan pada haiwan-haiwan yang berada di dalam zoo ni dengan makanan yang boleh dibeli dengan harga rm2 sahaja untuk satu pek.


nyaris nak kena sondol dengan rusa ni! Diorang ni sondol bukan sebab marah tapi sebab nak memanja.

 Pretty little bird! Termatching pulak kita.



Awang yang comel, dia suka angguk kepala.

yuyin rasa petting zoo ni sangat bagus untuk dikunjungi bersama ahli keluarga untuk pupuk rasa sayang terhadap haiwan dalam diri kanak-kanak kecil terutamanya dan juga orang dewasa. Di LWOT ni korang akan jumpa banyak jenis haiwan, dari jinak sampai ke liar dari yang korang biasa tengok sampailah pertama kali korang tengok binatang tu depan mata.


Menariknya taman tema LWOT ni ialah variasi aktiviti yang boleh dilakukan di sini, bukan setakat ada banyak haiwan je dekat sini, ada glamping, 6th mile tunnel, ada roller coaster, waterpark, pertunjukkan api, kolam air panas, eh banyaklah.. Korang wajib datang. Yuyin sebenarnya kagum dengan usaha LWOT dalam membuat para pengunjung tak cepat bosan. Ada sahaja aktiviti-aktiviti bermusim yang akan dijalankan, so datang banyak-banyak kali pun tak akan jemu. Sempena dengan musim sekolah ni, Powerpuff Girls dan Ben 10 akan menyerbu Lost Word of Tambun!


Maskot-maskot Powerpuff Girls dan Ben 10 pun ada tau, mesti teruja gila budak-budak kalau dapat datang sini, jangan kata budak-budak, yuyin pun ikut teruja sama! hehe





Dan semestinya bukan itu saja, banyak game-game menarik yang disediakan untuk bermain bersama seisi keluarga, time cuti sekolah ni lah nak luangkan lebih banyak masa bersama keluarga kan? Jadi ambil lah kesempatan ini untuk cipta memori indah bersama keluarga!

Jenga gergasi.. main yang saiz gergasi lah baru best!

Dam ular, siapa yang tak tahu game ni dia tak pernah pergi sekolah.
Jangan kata bebudak, yuyin pun teruja jugak kalau macamni!






Ada berita baik untuk korang! Nak tiket percuma tak?

LWOT ada buat contest tau, dan hadiahnya mestilah tiket masuk ke LWOT! 4 tiket pulak tu nak bagi dekat para pemenang! dan seorang pemenang mingguan akan dapat hadiah yang paling gempak iaitu 4 tiket masuk(2 dewasa & 2 kanak-kanak) beserta pakej penginapan 2 hari 1 malam di Lost World Glamping! Syarat penyertaan dia senang je, cuma perlu berselfie dengan poster Lost World POW Holiday yang terletak di KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth & juga Padang Besar. Pilih satu selfie terbaik anda dan hantar penyertaan ke http://a.pgtb.me/WsSkk , semoga berjaya!

Jap jap belum habis lagi, ada lagi satu berita baik... korang boleh dapatkan tiket LWOT dengan harga diskaun 35% kalau korang beli tiket secara online!


Untuk matlumat lanjut:

  • Lost World Of Tambun, Sunway City, 31150 Ipoh, Malaysia. 
  • Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
  • Call 05-542 8888
  • sunwaylostworldoftambun.com
  • Lost World Hot Springs & Spa by night is open daily from 6pm till 11pm
  • Crystal Spa Treatment is open daily from 12pm till 11pm
  • Theme Park: 605 542 8888 | Hotel: 605- 540 8888 / 8801 / 880


You may also like

No comments: