Pemburu Pelangi: Rahsia Kejayaan Bella Ammara

Rahsia Kejayaan Bella Ammara

/
2 Comments

Tahniah diucapkan kepada Bella Ammara kerana telah mencapai 500k followers di Instagram!

Yuyin kongsikan rahsia kejayaan Bella Ammara yang ditulis sendiri oleh founder Bella Ammara di laman sosialnya. Didoakan Bella Ammara akan terus berkembang maju dan semoga setiap orang yang membaca akan terinspirasi dengan perkongsian beliau!




[Apa Yang Saya Lakukan Untuk Bella Ammara Dari Tahun 2012 Sehingga Sekarang]
 
1. Saya sentiasa meletakkan Allah no 1 dalam perniagaan Bella Ammara dari awal lagi (July 2012).

2. Bella Ammara adalah hak milik bersama antara saya, isteri saya dan staff-staff saya yang saya gelarkan mereka ‪#‎BellaAmmaraTeam‬. Sehingga sekarang mereka sudah hampir 50 orang termasuk di HQ, Setapak, Shah Alam, Bangi, Johor Bahru, Sungai Petani dan Kuantan.

3. Saya percaya, jikalau saya menjaga staff-staff saya, mereka akan menjaga dan sayang Bella Ammara seperti kepunyaan mereka sendiri

4. Pelanggan bukan keutamaan saya dalam perniagaan ini, keutamaan saya terhadap keberkatan Allah dan kebajikan staff-staff saya. Kalau Allah senang hati dengan perniagaan saya, saya menjaga staff saya sebaik mungkin, walaupun kejatuhan ekonomi seteruk mungkin manapun, Allah tetap akan mendatangkan rezeki yang terbaik untuk Bella Ammara. 80% tawakal, 20% usaha.

5. Saya takut kemurkaan Allah, sebab itu di Bella Ammara saya tak sediakan mesin kad kredit, kerana saya taknak bersubahat menyokong sistem yang Allah murka - sistem yang berteraskan riba. Yang mana saya boleh elak dahulu, saya cuba elakkan. Dan alhamdulillah walaupun tanpa mesin kad kredit tidak sedikit pun mencacatkan kutipan sale di setiap butik-butik saya. Saya percaya 100% terhadap kuasa Allah swt.

6. Saya menekankan 'the power of branding' terhadap Bella Ammara. The power of branding ini sama dengan 'the power of word' jikalau saintis atau doktor berbicara, pasti masyarakat mudah percaya bukan? Bagaimana? Dengan cara strategi dan marketing yang betul.

7. Saya elakkan Bella Ammara dari memasuki bazar-bazar atau festival yang menekankan 'sale-sale-sale' kerana bagi saya ini akan menjatuhkan status sesuatu jenama. Jikalau setiap bulan akan adakan sale melalui festival-festival ini, customer saya akan menunggu harga murah dari Bella Ammara sahaja bukanya kualiti dan design yang Bella Ammara tonjolkan. Ya, saya boleh dapat buat banyak sale di festival, tapi sejauh manakah akan bertahan jenama Bella Ammara saya dipasaran? Bella Ammara mahukan 'Pavillion bergerak', bukanya 'Jalan TAR bergerak'.

8. Saya meletakkan peruntukkan yang banyak terhadap team production dan marketing. Buat masa ini hampir 10 orang terlibat di bahagian production/design dan 5 orang terlibat di bahagian creative/marketing. Disebabkan itu, Bella Ammara mampu mengeluarkan design baru di setiap minggu dan memarketkanya dengan betul mengikut SOP-SOP yang disediakan.

9. Saya pastikan pembekal kain dan tukang jahit saya dapat menghormati setiap design dan kualiti yang Bella Ammara keluarkan. Mereka tidak mudah mengatakan dan membocorkan kepada jenama lain tentang apa yang Bella Ammara sedang lakukan. Terima kasih @giofarbrics & @kabetailoring banyak membantu Bella Ammara dari segi aspek ini.

10. Saya cuba pastikan Bella Ammara sentiasa tingkatkan kualiti produk,design dan presentation yang menarik dari semasa ke semasa agar status Bella Ammara dapat dibezakan dengan jenama-jenama lain di pasaran.

11. Dan akhir sekali, setiap yang saya lakukan haruslah ada target, bukan sembarangan. Dan saya suka mereka yang mencabar saya dan sentiasa bersyukur wujudnya golongan begini. Tanpa cabaran (if dia boleh buat kenapa saya tak boleh), tanpa 'hey dude u cant do it', saya tidak mungkin mampu bawa Bella Ammara ke tahap sekarang. I love problem more than sharks love blood.

Mohon doakan Bella Ammara mampu menembusi market luar negara tahun 2016 ini. Moga ekonomi Islam kita berkembang luas ke seluruh pelusuk dunia seperti zaman-zaman indahnya pemerintahan berdasarkan Islam.


You may also like

2 comments:

Qiya Saad said...

Seronok baca tentang kisah kejayaan orang lain..harap-harap ada kejayaan untuk diri sendiri nanti..amin..:)

http://qiyasaad.blogspot.my

Safeni Feni said...

Alhamdulillah..Allahumma amin..

bermanfaat !!