Pemburu Pelangi: Aku Peminat Tegar Teddy Bear !

Aku Peminat Tegar Teddy Bear !

/
2 Comments
Baru-baru ni aku ada dapat satu Teddy Bear sempena first anniversary yang tak lama lagi..huhu..

 Ha.. nampak tak teddy bear tu? itu lah teddy bear baru aku.. Terima kasih awak.. bertambahlah lagi satu koleksi teddy bear yang ada dekat rumah saya.. :D comel tak teddy bear tu? tuan punya teddy bear pun comel kan? oh,sila abaikan mulut aku tu.. aku pun tak tau kenapa aku buat mulut camtu.. Bukan senang tau nak tengok aku buat-buat muka bila tangkap gambar ni, almaklum lah aku ni bukan spesies yang suka bergambar. Aku cuma suka menangkap gambar sahaja tapi aku tidak suka ditangkap gambar..


dan ini antara koleksi-koleksi teddy bear aku yang lain..

Ni teddy bear aku dapat masa hari jadi aku tahun lepas. Diberi oleh salah seorang kawan perempuan aku.

Sila abaikan muka aku yang tak berapa nak matang tu, gambar ni dah lama. Aku  tak ingat sama ada gambar ni ditangkap tahun lepas atau dua tahun lepas. Teddy bear yang besar ni teddy bear yang paling aku sayang dalam banyak-banyak teddy bear yang aku ada. Teddy bear ni lah peneman tidur aku, tapi bila aku bangun tidur dia dah ada dekat bawah..hehe.. teddy bear ni juga tempat aku menghilangkan kesedihan aku.. Bila aku nangis aku suka peluk dia, nak-nak lagi bila malam, aku suka release tension malam-malam.. aku peluk teddy bear ni bila aku nanges sampailah aku tertidur...

Tiga ni aje lah aku tempek kat sini ye? nanti banyak2 tak larat pulak nak tengok.. yang lain tu kecik-kecik aje..

Layout blog aku aje dah menggambarkan aku ni memang peminat tegar teddy bear. Mungkin dari segi luaran, bila aku keluar jalan-jalan orang aku ingat aku ni tak kebudak-budakan sebab orang yang tua daripada aku pun ramai je yang panggil aku akak. Ada ke patut muka comel macam aku panggil aku akak? comel ke? okey, abaikan,saja je nak perasan-perasan..

Perangai aku memang tak dapat dinafikan aku memang kebudak-budakan, aku suka benda yang comel. Aku pantang nampak benda comel dan aku tersangat obses dengan benda comel. Tak kisah lah, aku adalah aku! tak perlu nak jadi hipokrit kan?
Tapi dari segi pemikiran aku, aku bukan macam budak-budak okey? cuma perangai aku sahaja yang sedikit kebudak-budakan.. Selain benda comel, aku jugak suka benda yang pelik-pelik. Bagi aku PELIK ITU UNIK ! dan aku suka bila orang kata nama aku KHATIJAH NUR AIN pelik.. Pelik ke? entah lah..

Nota kaki : Teringin nak ada teddy bear yang lagi besar dari aku.. BOLEH BUAT TILAM ! :D


You may also like

2 comments:

usukaitak said...

Peminat teddy bear?? join kami http://www.facebook.com/pages/U-suka-I-tak/283779695004918

Mohd Nazry Salleh said...

Nnt boleh jenguk fb page saya, KakiChomey. Like yer,tq