Pemburu Pelangi: Aku Mengalah...

Aku Mengalah...

/
0 Comments
Menitis lagi air mata ini..
mengapa perlu lagi air mata ini,
mencurahi pipiku..
bukankah aku sudah penat menangis?
bukankah hatiku sudah kebal dengan kesedihan..?
tetapi..
hari itu aku kalah lagi..
diriku masih ada sisa-sisa yang sentiasa,
sentiasa membuat hatiku rapuh..
mengapa aku begitu sinonim dengan air mata,kesedihan, dan kekalahan?
perlukah aku sentiasa mengalah demi kebahagiaan orang lain?
tetapi hati ini bagaimana?
aku juga ingin menikmati nikmat hidup..
tetapi..
kenapa terlalu banyak alasan dan penghalang?
dan aku terpaksa mengalah demi melihat kebahagiaan orang lain..

Kini aku telah pun mengalah..kerana kau terlalu ramai peminat..
tidak mungkin aku yang kau pilih..
setelah setahun aku menanti..
menanti penuh harapan..
tapi..
penantian itu hanya membawa kepada banyak kepedihan,kekecewaan dan juga tangisan..
mimpi indahku tidak menjadi realiti..
hanya sekadar mimpi yang wujud di alam fantasi..
lebih baik aku berundur..
biarkan sahaja kita terus menjadi sahabat...
mungkin itu lebih baik..
biarkan aku terus mencari cinta yang seterusnya..
mencari orang yang layak untuk aku cintai..
kini,aku telah menemui orang itu..
tetapi..
kali ini aku tidak terlalu berharap..
aku takut dikecewakan sekali lagi..
kerana....
kekecewaan itu amat perit..
dan..
aku tidak mahu dilukai lagi..
kerana aku telah banyak dilukai..!!


You may also like

No comments: