Pemburu Pelangi: HARI TERAKHIR DI SMK SERI INDAH...

HARI TERAKHIR DI SMK SERI INDAH...

/
0 Comments
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti..Tapi aku tak nak kehilangan aku berganti..sebab pasti akan ada yang melupakan aku..aku adalah aku..!! tiada siapa yang boleh mengantikan aku...8 Haribulan January 2010 merupakan hari terakhir aku menimba ilmu di SMK SERI INDAH.. pastinya perasaan sedih aku semakin tidak dapat di kawal pada hari terakhir aku di sekolah itu...aku sangat menghargai setiap saat pada hari itu..hari itu juga aku mengambil peluang untuk meminta maaf kepada beberapa orang kawan aku..hanya Farid seorang saja yang aku tak jadi nak minta maaf secara depan-depan hari tu...sebab aku terlampau sedih hari tu..aku takut aku termenangis depan dia..dia selalu cakap yang aku ni suka menangis..aku hanya senyum dekat dia saja ketika terserempak dengan dia..walau macam manapun,aku minta maaf dekat die melalui handphone dan dia pun minta maaf dekat aku juga..dalam handphone pun aku dah rasa sebak...selepas loceng sekolah berbunyi menandakan persekolahan pada hari itu untuk pelajar-pelajar sesi pagi telah pun tamat..farahanna datang dekat aku,salam aku,dan meminta maaf jikalau dia pernah membuat salah...aku yang tengah sedih dan tak dapat kawal perasaan pada ketika itu telah pun menitiskan air mata...farahanna pun memeluk aku..lepas tu pula adilah datang dekat aku dan memujuk aku yg sedang menangis tak henti-henti...dia pon tiba-tiba sahaja memelukku...lepas tu farahanna dengan adilah terus balik..aku yang sedang menangis ni..tak berhenti-henti lagi menangis...lepas tu..aku pergi jumpa mak adhia,ckgu haslinda yg disayangi...time tu aku x tau nk ckp ape sbb tengah menangis..then cikgu tu pun peluk aku...makin tak henti-hentilah aku ni menangis..lepas tu jumpa cikgu azizah a.k.a cikgu jijah...aku salam dia pastu dia pun peluk aku dan mengatakan kepada aku bahawa aku adalah seorang budak yg baik..lepas tu aku,adhia dgn hazirah pergi mc'd buat kali terakhir...aku menangis tak henti-henti..puas diorang pujuk..bayangkanlah,sampai dekat mc'd baru aku berhenti menangis...punyelah sedih aku nak tinggalkan sekolah ni..lepas pergi mc'd aku pergi perpustakaan buat kali terakhir...dah lama sikit lepas tu kiteorang pun pergilah dkt pondok bas depan sekolah..sebaik saja ayah aku sampai aku pun salam lah diorang,hazirah pun peluk lah aku...

p/s : kita jangan putus kawan ye walaupun aku dah pindah...?jangan lupakan aku... keep in touch k..


You may also like

No comments: