Pemburu Pelangi
Bagi orang yang tak berapa gemar pergi ke shopping mall macam yuyin dan lebih gemar ke tempat-tempat yang lebih banyak aktiviti untuk dilakukan, Lost World of Tambun(LWOT) adalah tempat yang sangat tidak menghampakan!

LWOT ni membuatkan yuyin jatuh chenta bilamana LWOT berjaya membuatkan yuyin rasa dekat dengan haiwan-haiwan yang ada dalam ni sehinggakan harimau pun boleh dilihat dari jarak dekat.

Antara pengalaman yang yuyin takkan boleh lupa adalah bila yuyin dapat bagi makan dekat rakun yang sangat comel. Ya di petting zoo pengunjung dibenarkan untuk bagi makan pada haiwan-haiwan yang berada di dalam zoo ni dengan makanan yang boleh dibeli dengan harga rm2 sahaja untuk satu pek.


nyaris nak kena sondol dengan rusa ni! Diorang ni sondol bukan sebab marah tapi sebab nak memanja.

 Pretty little bird! Termatching pulak kita.



Awang yang comel, dia suka angguk kepala.

yuyin rasa petting zoo ni sangat bagus untuk dikunjungi bersama ahli keluarga untuk pupuk rasa sayang terhadap haiwan dalam diri kanak-kanak kecil terutamanya dan juga orang dewasa. Di LWOT ni korang akan jumpa banyak jenis haiwan, dari jinak sampai ke liar dari yang korang biasa tengok sampailah pertama kali korang tengok binatang tu depan mata.


Menariknya taman tema LWOT ni ialah variasi aktiviti yang boleh dilakukan di sini, bukan setakat ada banyak haiwan je dekat sini, ada glamping, 6th mile tunnel, ada roller coaster, waterpark, pertunjukkan api, kolam air panas, eh banyaklah.. Korang wajib datang. Yuyin sebenarnya kagum dengan usaha LWOT dalam membuat para pengunjung tak cepat bosan. Ada sahaja aktiviti-aktiviti bermusim yang akan dijalankan, so datang banyak-banyak kali pun tak akan jemu. Sempena dengan musim sekolah ni, Powerpuff Girls dan Ben 10 akan menyerbu Lost Word of Tambun!


Maskot-maskot Powerpuff Girls dan Ben 10 pun ada tau, mesti teruja gila budak-budak kalau dapat datang sini, jangan kata budak-budak, yuyin pun ikut teruja sama! hehe





Dan semestinya bukan itu saja, banyak game-game menarik yang disediakan untuk bermain bersama seisi keluarga, time cuti sekolah ni lah nak luangkan lebih banyak masa bersama keluarga kan? Jadi ambil lah kesempatan ini untuk cipta memori indah bersama keluarga!

Jenga gergasi.. main yang saiz gergasi lah baru best!

Dam ular, siapa yang tak tahu game ni dia tak pernah pergi sekolah.
Jangan kata bebudak, yuyin pun teruja jugak kalau macamni!






Ada berita baik untuk korang! Nak tiket percuma tak?

LWOT ada buat contest tau, dan hadiahnya mestilah tiket masuk ke LWOT! 4 tiket pulak tu nak bagi dekat para pemenang! dan seorang pemenang mingguan akan dapat hadiah yang paling gempak iaitu 4 tiket masuk(2 dewasa & 2 kanak-kanak) beserta pakej penginapan 2 hari 1 malam di Lost World Glamping! Syarat penyertaan dia senang je, cuma perlu berselfie dengan poster Lost World POW Holiday yang terletak di KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth & juga Padang Besar. Pilih satu selfie terbaik anda dan hantar penyertaan ke http://a.pgtb.me/WsSkk , semoga berjaya!

Jap jap belum habis lagi, ada lagi satu berita baik... korang boleh dapatkan tiket LWOT dengan harga diskaun 35% kalau korang beli tiket secara online!


Untuk matlumat lanjut:

  • Lost World Of Tambun, Sunway City, 31150 Ipoh, Malaysia. 
  • Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
  • Call 05-542 8888
  • sunwaylostworldoftambun.com
  • Lost World Hot Springs & Spa by night is open daily from 6pm till 11pm
  • Crystal Spa Treatment is open daily from 12pm till 11pm
  • Theme Park: 605 542 8888 | Hotel: 605- 540 8888 / 8801 / 880

Secara jujurnya yuyin lebih suka pakai clay cleanser daripada oil cleanser... Sebabnya satu je, sebab oil cleanser tak ada buih, rasa tak puas cuci muka! ya yuyin kau ingat cuci muka tu macam cuci pinggan ke?  walaupun yuyin selalu disarankan untuk elakkan memakai cleanser yang berbuih sebab kulit yuyin jenis kulit kombinasi tapi lebih kepada kering. Setakat satu tiub yang dah habis ni Alhamdulillah kulit yuyin tak pernah rasa kering lepas cuci muka pakai cleanser ni dan rasa bersih sangat cuci muka pakai cleanser ni.

menggabungkan tiga bahan pencuci semulajadi yang hebat seperti Bentonite Clay, Alpaflor Alp-Serum dan Hyaluronic Acid. Produk Hada Labo mungkin agak mahal bagi sesetengah orang, kalau korang rasa tak mampu nak beli cleanser hada labo ni korang boleh beli Senka Whip Clay Cleanser di guardian atau watsons sebab yuyin rasa Senka ni macam dupe clay cleanser Hada Labo ni tapi jauh lebih murah.

Hai korang.. Untuk pengetahuan korang, yuyin sekarang tengah praktikal di salah sebuah sekolah di Kuala Selangor. Kesibukan dan tekanan di tempat kerja membuatkan yuyin rasa yuyin nak buat sesuatu yang menarik di hujung minggu untuk releasekan segala stress yang ada. Jadi pada 8 July yang lepas Yuyin dan kawan baik Yuyin yang juga rakan blogger berpeluang untuk pergi ke event Pika Pika Sparkling Bright Tea Party by watsons dengan kerjasama The Butterfly Project.


Penerangan dari wakil dari Watsons tentang produk Pika Pika. 


Pika Pika sebenarnya berasal dari bahasa jepun yang bermaksud sparkle. Basically, ada tiga produk Pika Pika yang diperkenalkan kepada kami.

Dari kanan:

1. Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid 190ml (RM 79.00) - Mengandungi ekstrak buah sebenar, AHA dan BHA. Membantu menghilangkan sel kulit mati and dan membersihkan kekotoran dalam pori-pori yang tersumbat serta senang menanggalkan makeup..

2. Sparkling Peel Off Mask 80g (RM 49.00) - membantu membersihkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak, mengandungi ARBUTIN untuk membantu membantu menghalang bintik hitam dan freckles serta menghalang penuaan.



3. Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel 35g (RM 39.00) - Kesan panas dan sejuk yang membantu membuka pori-pori untuk membuang blackhead dan kotoran. Menthol membantu untuk soothing kan kulit skin dan mengecilkan pori-pori, turut berfungsi membantu membersihkan sel kulit mati dan menyerap lebihan minyak. 


Selepas penerangan, tibalah masa untuk No Mirror Makeup Challenge! tapi tanpa cermin pun ramai yang laju dan cantik je makeup, yelah kalau dah hari-hari makeup kan tak dapat tengok cermin pun bukan satu masalah!






Lepas dah makeup, nilah masa yang sesuai untuk kami cuba pencuci muka Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid dari Pika Pika ni.


Serius tak tipu lepas je kami semua cuci muka, semua pakat tak lepas tangan dari sentuh muka sebab muka terasa lembut sangat lepas cuci muka dengan Pika Pika Parkling Bright Fruity Cleansing Liquid ni. Yang lagi best bagi yuyin adalah bila cleanser ni tak mengeringkan kulit, jadi ianya sesuai untuk orang yang ada dry skin macam yuyin ni.

Lepas dah cuci muka dengan pencuci muka dari Pika Pika ni, bloggers pun mencuba Pika Pika Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing yang khusus untuk membuang blackhead, tapi muka yuyin memang jenis tak ada blackhead sangat.

Selain pencuci muka, Pika Pika juga ada Sparkling Peel Off Mask yang sangat best untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, yuyin dah cuba peel off mask ni dekat rumah dan yuyin suka peel off mask ni sebab lepas pakai rasa macam fresh, kulit nampak lagi cerah.


Oh ya untuk pengetahuan korang, Pika Pika ni hanya dijual dan boleh didapati di Watsons je tau. So kalau jumpa Pika Pika ni dekat watsons jangan lupa grab ok?  

Lepas dah habis berkenal-kenalan dan mencuba produk Pika Pika ni. Masa untuk Tea Party! Semua orang macam dah tak sabar nak rasa dessert dan pastry dari Foret Blanc ni






Unicorn macaroon dengan aiskrim tu sangat comel sampai sayang nak makan! Kreatif sangat diorang ni tau. Memang terbaik dessert dan pastry dari Foret Blanc ni.. Yuyin paling suka macaroon dia, sebab bukan sahaja comel tapi inilah pertama kali yuyin rasa macaroon yang menepati cita rasa yuyin, the best yang yuyin pernah cuba so far. 

Kalau korang nak tengok apa lagi yang ada dekat Foret Blanc ni boleh tengok instagram @ForetBlanc , dan mesti lepastu korang akan rasa nak datang Foret Blanc ni! Yuyin pun ada plan untuk datang lagi ke sini dengan kawan-kawan yuyin nanti.
Salam,



Tanggal 27 Julai 2017, aku berpeluang join sebagai peserta Switch & Save Shopping Spree (beli-belah PERCUMA!) barangan jenama Watsons di Watsons cawangan Mytown Mall, Cheras.

Sumber: Watsons Malaysia official Facebook Page


Alkisahnya, Yuyin tak dapat hadir pada tarikh dan waktu berkenaan sebab beliau tengah intern dekat Kuala Selangor. Contest lewat petang weekdays, hari Khamis, makanya aku yang tak ada kelas hari tu jadilah pengganti beliau. Hakikatnya aku dengan dia belum pernah lagi join mana-mana shopping spree event sebelum ni, tapi aku dapat rasa aku lagi noobies dan freshie bab beli belah under pressure ni 😂

Tapi, yakin tak yakin, kena pasang strategi dan bersedia juga. Seminggu sebelum event, kitorang dah singgah Watsons Mytown dan survey susun atur outlet dan barang apa yang akan aku rebutkan nanti. Kami take note juga dekat mana letaknya extra bakul untuk aku muatkan sebanyak mungkin produk Watsons nanti.

Sumber: The Star


Fast forward 27 Julai 2017, seawal jam 4.30 petang, dengan menggunakan perkhidmatan MRT yang baru beroperasi di beberapa stesen baharu, dari LRT Gombak ke MRT Cochrane yang terletak seberang jalan ke Mytown Mall, aku sampai ke lokasi kejadian.

Sampai sana, aku survey lagi susun atur outlet, take note apa-apa perubahan posisi produk dan revise strategi.

Switch & Save with Watsons!


Masa berlalu, makin ramai manusia berkumpul di hadapan Watsons Mytown. Dari bloggers, media, kepada 6 peserta lain selain aku (later, 3 lagi peserta baharu dalam kalangan media dipilih dengan cabutan bertuah sebelum shopping spree bermula). Aku berkenalan dengan beberapa peserta, Kak Liza, Kak Haida dan membuat perjanjian (nak guna perkataan 'berkomplot' tapi jahat sangat bunyi term ni hahahah) untuk bertukar-tukar barangan yang berjaya kami rebutkan di akhir shopping spree nanti.

Ketibaan Fasha Sandha




Then, tiba jam 630 petang, pendaftaran peserta dan media bermula. beberapa minit lepas tu sebelum jam 7, sorakan bergema bilamana Fasha Sandha, pelakon wanita terkenal tanah air dan Celebrity Friend of Watsons kelihatan menuruni eskalator menuju ke Watsons Mytown. Media function terox meriahkan event! And Watson pun berjaya tambat hati mereka dengan pemberian goodies eksklusif dari Watsons, peluang join shopping spree dengan kami, dan sesi bergambar dan tandatangan autograf bersama Fasha Sandha sendiri.






Debar, briefing sudah, pendaftaran sudah, kata-kata aluan dari hos event dan duta Watsons sendiri dah selesai, 7 malam lebih macam tu, peserta (termasuk peserta yang baru dipilih) diminta bersedia bersama-sama bakul masing-masing di garisan mula. Fasha Sandha pun diberi peluang untuk turut serta dalam shopping spree dengan peserta!


Sumber: Watsons Official Facebook Page

Sumber: Watsons Official Facebook Page


3... 2.... 1..... MULA!!!

Lepas tu tak tahu apa nak kata dah hahahhahah! Segala manusia di hadapan ditolak tepi, mata dan diri fokus dekat rak yang disasarkan dari awal.

Kalau nak tahu betapa havoc-nya masa tu, member yang jadi rakan media Watsons waktu tu ada rakamannya yang jelas. 😂 Boleh tonton SINI, di Facebook Page Kanvas Dakwat.

Banyak 'drama'  LOL!
😂 Berlanggar dengan contestants lain, dengan media.
😂 Rak produk rabak bila produk direbut tangan-tangan.
😂 Bakul extra pi parking jauh pulak dia last minute rosak strategi.
😵 Processor otak jammed sekejap sekejap, takleh fikir apa rembat ja apa yang ingat.
😢 Ada peserta yang terambil testers dengan barang bukan by Watsons sebakul.
👏 Ada yang kumpul skincare 3 bakul sampai cecah RM1600! Tahniah! Antara dua peserta lelaki termasuk aku yang join shopping spree ni. Wakil pemenang sebenar juga macam aku, tapi mungkin dia dah berpengalaman dan strategi dan execution dia lagi baik. Dia shopper paling top malam tu!


Sumber: Watsons Official Facebook Page



Sumber: Watsons Official Facebook Page



Fasha Sandha yang join in sekali terhibur+impressed tengok all shoppers. Dengan kebaya and kasut tinggi pun dapat beliau berlari join sekali penuhkan satu bakul 😂


RM638.05 untuk 42 produk jenama Watsons dalam masa 60 saat.

Yang berjaya direbut.



RM638.05 for 42 items. Shopping spree at Watsons Mytown Mall, Cheras under 60 seconds. Syukur. Supply skincare dan toiletries untuk aku dan Yuyin, juga beberapa produk Watsons untuk kami hadiahkan kepada keluarga dan kenalan. Kemenangan untuk kami dan mereka.





Overall, really, really Fun and Great experience! Nice event host, staff and organizer, friendly fellow participants, and Celebrity Friend of Watsons yang cool, Fasha Sandha. Sangat puas selepas event dapat bawa pulang semua produk-produk jenama Watsons yang berkualiti dan menjimatkan ini. JOM Switch & Save dan bertukar untuk penjimatan!




THANK YOU WATSONS MALAYSIA untuk peluang ini dan terima kasih dari saya, Azril Suhaili bagi pihak Yuyin sebab pilih beliau sebagai pemenang!

p/s: Next target: shopping spree electronic shop. Teringin nak Playstation 4 pula hehe.

Nak terpilih jadi pemenang bersama Watsons juga dengan contests mereka? Atau nak tahu latest promotion dari diorang? Jom muat turun aplikasi Watsons dan Follow, Like, dan Subscribe media sosial Watsons!


Download Watsons Mobile App

Connect with Watsons Malaysia:


Ramadhan dan syawal dah pun berlalu, masih teringat kenangan-kenangan manis yang berlaku sepanjang Ramadhan yang lepas.. salah satunya bila yuyin menang contest yang dianjurkan oleh pihak Dragon Thai Restaurant di facebook.. Yuyin masuk kedua-kedua contest yang dianjurkan, alhamdulillah rezeki perpihak pada yuyin dalam contest yang kedua. Nak tau yuyin menang apa? Yuyin menang set berbuka puasa bernilai RM110 dengan tambahan Ikan Kelah berharga RM400.


Habis je kerja terus yuyin dan kawan-kawan sekolah yuyin bertolak dari Kuala Selangor ke Taman Nirwana Ampang.. Mengambil masa 2 jam juga perjalanan. Terharu bila ada kawan yang sudi drive jauh-jauh semata-mata nak teman kita iftar.

Kami sampai bebetul lagi 10-15 minit nak berbuka.

Makan sampai tak perasan ada mamarazi

Bersama owner restaurant yang cantik jelita. Excuse my pucat face, penat kerja hehe.



pertama kali makan ikan sekali dengan sisik-sisiknya, mula2 dengar macam pelik, tambah-tambah yuyin ni bukanlah penggemar ikan sangat, tapi bila rasa, serius sedap, kawan-kawan yuyin cakap sisik tu macam keropok, ranggup, sedap! Terima kasih kepada staff Dragon Thai Restaurant yang cadangkan supaya ikan kelah tu tak dibuang sisiknya.

korang kalau teringin nak makan ikan kelah yang sedap, datanglah ke Dragon Thai Restaurant yang terletak di Taman Nirwana Ampang ni. Yang tak pernah makan ikan kelah pun korang patut datang dan cuba sendiri, memang fresh dan sedap!