Pemburu Pelangi: SGshop “Jom Shopping!” Contest

SGshop “Jom Shopping!” Contest

/
2 Comments


Hari ni yuyin nak join Giveaway yang gempak giler dari blogger Ayue Idris! jom kita start...

Apakah servis yang SGshop tawarkan?

[S]gshop adalah sebuah platform yang memudahkan pelanggan untuk membeli barang dari laman web e-dagang terbesar di China taobao.com
[G]udang di china yang mempunyai sistem yang efisien dalam memastikan barang pembelian anda terjamin selamat.
[S]hop from China, Ship to Malaysia!
[H]arga yang ditawarkan sangat berbaloi dan lebih murah dari harga barangan yang dijual di Malaysia. Barang yang sama? harga berbeza? kenapa bayar lebih? pilihlah trivago SGshop!(iklan kejap..hehe)
[O]perasi sistem yang mesra pelanggan dan efisien serta keberadaan cawangan SGshop di Johor Bharu, Malaysia melancarkan interaksi dengan pelanggan.
[P]roses penghantaran yang murah, cepat dan selamat.

Senaraikan 3 item yang hendak dibeli di SGShop Malaysia?

Nak suruh senaraikan 10 barang pun boleh hehe sebab bila bukak je website SGshop ni memang rambang mata tengok macam-macam nak dibeli tau!

Ok ni tiga barang yang yuyin nak sangat beli dari sgshop, berpinar mata berjam-jam godek website SGshop untuk finalizekan tiga barang yang paling yuyin nak beli dari SGshop.. 

Swimsuit ni RM80.82 je tau dekat sgshop! 

Yuyin dah lama teringin nak beli swimsuit sebab asrama yuyin dekat UIA dekat sangat dengan kolam renang, hari-hari yuyin lalu dekat kawasan kolam renang tu masa pergi balik kelas tapi tak dapat mandi dekat kolam renang tu sebab tak ada pakaian yang sesuai. Setakat ni tak pernah lagi yuyin jumpa swimsuit yang harga bawah RM100 dekat Malaysia, selalunya harga swimsuit dekat kedai-kedai sini yuyin tengok mesti dalam RM150-RM200. Memang terbaiklah SGshop, berbaloi membeli di sgshop!

RM115.07

Blackhead dan whitehead vacuum ni pun antara barang yang dah lama ada dalam wishlist yuyin. Yuyin memang ada masalah whitehead, penat asyik nak kena picit je untuk buangkan whitehead tu, kadang sampai merah-merah hidung, lepastu pori-pori pun makin besar. Harap-harap dengan adanya vacuum ni nanti makin flawless dan cantiklah kulit yuyin nanti!

RM82.19

Siapa yang tak suka steamboat? siapa yang tak suka BBQ? semua orang suka! haa untuk penggemar BBQ dan steamboat macam yuyin ni, membeli BBQ Electric Grill di SGshop ni memang pilihan yang bijak! Jimat masa, jimat duit, boleh bersteamboat dan berbarbeque hari-hari di rumah bersama keluarga tersayang! Nak raya ni memang elok sangatlah beli ni, boleh guna masa buat open house! hehe

So inilah tiga barang yang paling paling paling yuyin nak sangat beli, ada lagi few barang yang dah siap sedia masuk dalam wishlist. hehe.. Apapun terima kasih Ayue Idris dan SGshop kerana menganjurkan contest yang super awesome ni!


You may also like

2 comments:

Sally Samsaiman said...

semoga murah rezeki nak menang :)

sha dhira said...

Good luck sis. Macam2 boleh beli dengan rn500 SGshop credit ni.

Shad
https://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/06/sgshop-jom-shopping-contest.html